Johor Bahru, Johor, Malaysia

News & Event

📽 WEBINAR RENDAH KARBON IMELC 2026: SUSTAINABILITY BEYOND BOARDERS

Sertai kami dalam webinar eksklusif ini! 📅 Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu) 🕥 Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari 📌 Platform: 📱 FB Live: RCE Iskandar https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar ▶️ YouTube Live: JSMPR WEBINAR https://www.youtube.com/@JSMPRWEBINAR Peserta akan diberikan: ❗ PAJSK Penglibatan 3 ❗ e-Sijil (bagi murid sekolah yang memperoleh markah 80% ke atas dalam kuiz) 🎯 TERBUKA KEPADA SEMUA


✨ Webinar Rendah Karbon IMELC 2026: Sustainability Beyond Borders ✨


🌍 Tahukah anda bahawa tindakan kecil yang dilakukan di sekolah, rumah dan komuniti mampu memberi impak besar kepada kelestarian global? Konsep Sustainability Beyond Borders menunjukkan bahawa usaha kelestarian tidak terhad kepada satu tempat sahaja, malah melangkaui sempadan negara, budaya dan generasi demi memastikan masa depan yang lebih lestari untuk semua.


Sertai kami dalam webinar eksklusif ini!

📅 Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)

🕥 Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

📌 Platform:

📱 FB Live: RCE Iskandar

https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar

▶️ YouTube Live: JSMPR WEBINAR

https://www.youtube.com/@JSMPRWEBINAR


Peserta akan diberikan:

❗ PAJSK Penglibatan 3

❗ e-Sijil (bagi murid sekolah yang memperoleh markah 80% ke atas dalam kuiz)


Webinar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid sekolah rendah khususnya, serta masyarakat umum, mengenai konsep Sustainability Beyond Borders menerusi perkongsian berikut:

🔹 Building a Culture of Sustainability in Schools Through Student Action

🔹 From Waste to Value – Creativity in Community Upcycling

🔹 Recap IMELC 2026

🔹 Youth Voices as Drivers of Future Sustainability

🔹 Sustainability Practices in the Hospitality Industry and Career Opportunities

🔹 Life Cycle Assessment (LCA): Understanding Sustainability Through Life Cycle Thinking

Nota: Sesi akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut topik serta penceramah yang terlibat.


🎯 TERBUKA KEPADA SEMUA

(Murid, guru, ibu bapa dan masyarakat umum dijemput untuk menyertai)

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan inspirasi daripada panel jemputan khas yang terdiri daripada pakar dan pengamal kelestarian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), University of Bristol, Marriott Group Hotel, organisasi belia serta komuniti yang aktif memperjuangkan agenda kelestarian.


🌿 Mengenai IMELC

IMELC merupakan pertandingan pembudayaan rendah karbon yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority dan Universiti Teknologi Malaysia.

Program ini turut dibawakan bersama rakan utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, SWM Environment Sdn. Bhd., dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, dengan sokongan Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Perbandaran Kulai, Heng Hiap Industries serta UNICEF.


🌏 Marilah bersama-sama memperkasakan generasi masa depan melalui ilmu, tindakan dan semangat kelestarian tanpa sempadan.

📢 Jumpa anda pada 1 Julai 2026, jam 10.30 pagi!