Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

Kempen Pengumpulan Pakaian Terpakai *BESAR-BESARAN* buat semua warga SKUDAI!

Pengumpulan baju terpakai


✨️ Kempen Pengumpulan Pakaian Terpakai *BESAR-BESARAN* buat semua warga SKUDAI!

                   


πŸ“Œ Anda ada banyak *pakaian* yang sudah tidak boleh digunakan di kawasan rumah anda❓️


πŸ“Œ Banyak ruang yang perlu digunakan untuk menyimpan pakaian-pakaian tersebut ❓️


Sekarang tak perlu lagi πŸ˜‰


🌈 Bersempena dengan *Kempen Pengurangan Sisa Fabrik demi Kelestarian Alam Sekitar*, *LIPAN Integrated Recycling Technologies* dengan kerjasama daripada *Surau Al Jawhar  Taman Impian Emas*, *Masjid Taman Impian Emas* dan *Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas* telah bersama-sama bagi menjayakan usaha memelihara alam sekitar dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.


Oleh itu, anda dijemput untuk menghantar pakaian terpakai/sisa fabrik anda ke:


*Tempat*: Surau  Al- Jawhar, Taman Impian Emas

*Tarikh*: 5 September 2023- 10 September 2023


*Apa yang anda boleh hantar?*πŸ€”πŸ€”


βœ”οΈ Semua jenis pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang elok dan rosak

βœ”οΈ Baju kurung dan baju perayaan lelaki dan perempuan yang elok dan rosak

βœ”οΈ Baju sejuk, sweater, sweatshirt yang elok dan rosak

βœ”οΈ Langsir, cadar, sarung bantal yang elok dan rosak


*Cara untuk membungkus pakaian terpakai:*


1. Pakaian yang elok dan rosak bolehlah dikumpulkan dalam 2 plastik yang berbeza dan labelkan dengan perkataan *rosak* atau *elok*.


2. Pastikan anda memakai bag plastik yang *kuat* dan *tidak mudah koyak* bagi memudahkan proses mengangkat pakaian tersebut ke dalam lori.


3. *Elakkan* daripada meletakkan pakaian di dalam *kotak* kerana penggunaan kotak akan mengambil banyak ruang dan menyukarkan proses mengangkat pakaian kelak.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di *012- 7341065(Tn Hj Zul- Pengerusi Surau Al Jawhar)*, *012-7070166 (Tn Hj Asnawi -SU Masjid Taman Impian Emas)*, *017-7032426- (Guru SK Taman Impian Emas)* atau *019-3695823 (LIPAN)*


Terima kasih 😊