Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

KEMPEN KITAR SEMULA@RAYA

MEDIUM GCLASSROOM,GFORM,FACEBOOK SEKOLAH


Kelab Lestari  ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas minat anda dalam membuat perubahan dalam menangani isu pencemaran marin oleh sisa plastik di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia. 


*TAHUKAH ANDA?* 


Menurut perkembangan semasa, jumlah sampah plastik akan meningkat empat kali ganda antara tahun 2010 dan 2050. Ini bermakna, dari segi berat, laut akan mengandungi lebih banyak sampah daripada ikan pada tahun 2050! Maka, kami dengan ini ingin anda untuk bersama kami dalam menangani permasalahan ini.                                                    JOM BUDAYAKAN AMALAN KITAR SEMULA.. 


🗓 ANDA TENTUKAN 

⏰ MASA ANDA

📍DI KEDIAMAN MASING-MASING

Maka, mari bersama-sama menyokong usaha murni dgn dgn mengamalkan amalan kitar semula..

 Apa nak buat?

♻️ Hantar bukti amalan kitar semula anda ke link google form ini..

🎉Jangan lepaskan peluang menarik ini , dapatkan 

🌟hadiah misteri dari Kelab Lestari SKTIE...

Tunggu apa lagi ??!! Bersama menyokong SKTIE bebas plastik

https://www.facebook.com/saktie.jb

‼️WARGA SKTIE WIRA ALAMI‼️

'BENARLAH FIRMAN ALLAH :'TELAH TIMBUL PELBAGAI KEROSAKAN DAN BENCANA DI DARAT DAN DI LAUT HASIL PERBUATAN TANGAN-TANGAN MANUSIA.HAL INI ADALAH KERANA ALLAH HENDAK MEMBIARKAN MEREKA MERASAI SEBAHAGIAN DARIPADA BALASAN PERBUATAN-PERBUATAN BURUK YANG MEREKA TELAH LAKUKAN,SEMOGA MEREKA KEMBALI (INSAF DAN BERTAUBAT)' (AR-RUM:41)