Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

Tahniah kepada 100,000 murid dari 906 sekolah rendah di seluruh negeri Johor

Pastikan adik-adik memahami keperluan dalam melaksanakan IMELC ini. menerusi laman web IMELC,


Terdapat pelbagai bahan rujukan telah disediakan khusus untuk adik-adik bagi meneruskan cabaran Iskandar Malaysia Ecolife Challenge.

Adik-adik perlulah memahami

  1. Misi penting IMELC
  2. Masyarakat Rendah Karbon
  3. Pipi & Popo: Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau
  4. Karbon dan Kita
  5. Air oh AIr: Sumber dan Tips Jimat Air
  6. Elektrik :  Sumber dan Tips Jimat Elektrik

Seterusnya, sebelum memulakan misi, adik adik perlu menyemak gaya hidup adik adik dan kemudiannya menyempurnakan lima cabaran berikut

  • Cabaran 1: Semakan barang elektrik di rumah
  • Cabaran 2 : Semakan bil elektrik dan bil air di rumah
  • Cabaran 3: Semakan pengunaan kenderaan
  • Cabaran 4: Semakan kitar semula
  • Cabaran 5: Menggunakan tenaga boleh diperbaharui

dan kemudiannya adik-adik perlu menyemak semula gaya hidup adik-adik setelah melaksanakan misi IMELC.

Selamat menyempurnakan MISI IMELC! adik-adik merupakan wira rendah karbon yang kami cari!