Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

IMELC 2022 kini kembali

Tahniah kepada semua yang sentiasa menyokong IMELC sejak dari awal pelaksanaan IMELC sehingga kini.


Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2022 merupakan projek berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UniversitiTeknologi Malaysia (UTM)Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai agensi pelaksana bersama rakan utama  iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan SWMEnvironment Sdn. Bhd sebagai seterusnya disokong oleh Apeiron Bioenergy Sdn Bhd. Pendigitalan IMELC ke laman web ditaja oleh United Nations Development Programme atau UNDP Accelerator Labs dan mendapat sokongan penuh Green Technology Application of the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) dan Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu. 

IMELC bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai Masyarakat Rendah Karbon (MRK) di kalangan pelajar, guru, dan keluarga mereka dalam mencapai sasaran pengurangan karbon untuk Iskandar Malaysia menjelang tahun 2025 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia 2025 (LCSBPIM2025), yang disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, dan dibentangkan di Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) sesi ke-18 Persidangan Negara Parti (COP 18) pada tahun 2012. IMELC merupakan aktiviti pembelajaran pelajar di MRK yang dijalankan pendidikan formal atau tidak formal di persekitaran sekolah. Ia juga boleh dijalankan sebagai aktiviti pembelajaran tambahan atau pertandingan antara sekolah. IMELC adalah sebahagian daripada program di bawah Pelan Tindakan Pendidikan Negeri Johor 2019-2023 untuk mengembangkan budaya pembangunan lestari di kalangan para pelajar, sesuai dengan konsep Low Carbon Society dan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ketika COVID-19 melanda Malaysia dan seluruh dunia - IMELC dirancang semula agar sesuai dengan jarak sosial dan standard operasi dari Kementerian Kesihatan. 2022 menandakan tahun ke-10 IMELC telah berjalan, dan tahun ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pelajar Tahun 6 dari 908 sekolah rendah di Johor.  Harapan besar melalui pelaksanaan tahun ini, lebih ramai akan berjaya membudayakan gaya hidup rendah karbon dari sekolah hingga ke rumah seterusnya akan kekal sebagai jati diri ketika di menara gading. 

Tahun ini lebih istimewa kerana kami bawakan pertandingan menarik iaitu Pertandingan Mereka Mascot IMELC, Pertandingan Doodle dan Pertandingan Tik Tok selain Webinar Rendah Karbon yang menampilkan modul baru iaitu pengurusan sisa minyak masak terpakai, modul alam semula jadi dan juga rendah karbon.