Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

Terima Kasih IMELC : Laporan IMELC 2022

Terima Kasih IMELC : Laporan IMELC 2022


Assalammualaikum dan selamat Sejahtera kepada semua guru dan pelajar IMELC. 

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha bersepadu seisi warga sekolah dalam menjayakan IMELC dan seterusnya memastikan generasi rendah karbon dapat terus dibina dalam menyelamatkan bumi kita

Hasil usaha sekolah telah kami rakamkan dalam laporan IMELC tahun 2022. Hasil ini merupakan usaha bersama semua warga sekolah terutamanya guru-guru yang sangat berdedikasi dalam memastikan pembudayaan rendah karbon diperkasakan. 

Laporan IMELC 2022: https://online.fliphtml5.com/otkxo/afze/#p=1

Terima kasih banyak atas usaha sekolah terutamanya dalam menyebar luas usaha rendah karbon di platform sosial media. 

Kami juga merakamkan penghargaan kepada sekolah yang menyokong usaha 10 tahun bersama IMELC melalui perkongsian testimoni, lukisan doodle, maskot dan juga tik tok. Tidak dilupakan dengan sekolah-sekolah yang komited menjayakan IMELC (melaksanakan program, melibatkan pelajar dalam laman sesawang) walaupun tidak tersaring di peringkat akhir. 

Kami rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah IMELC. Kami percaya ramai sekolah hebat dan guru-guru hebat yang menjayakan program IMELC  Terima kasih banyak

Special Mention

  • SK Seri Mendapat telah menterjemah doodle pelajar dalam bentuk mural di sekolah. 
  • SK Pulau Tinggi (SKM) menjalankan usaha kitar semula dan program beach cleaning walaupun mempunyai kekangan dalam pengurusan sisa di pulau. 
  • SKPK Princess Elizabeth (sekolah berasrama penuh bagi kanak- kanak cacat penglihatan) menjalankan projek Kelab Bumi Hijau- bercucuk tanam dan pengurusan sisa
  • SJKC Chi Mang (SKM) mewujudkan ranjer jimat elektrik, melaksanakan kitar semula secara berkala
  • SK Taman Suria dan SK Bukit Mutiara yang berjaya terpilih sebagai Top 15 World Best School diperingkat Malaysia dengan usaha yang sangat jitu dan bersepadu. 
  • SJK Foon Yew 2 yang berjaya memastikan usaha kitar semula terus dikekalkan dan dibudayakan sepanjang tahun dan disokong oleh seisi keluarga
  • SJKT Taman Tun Aminah telah mewujudkan program inovasi sains bertemakan rendah karbon dikalangan pelajar darjah 4

pihak kami yakin, banyak lagi sekolah yang hebat dan perlu ditonjolkan. Pihak kami dalam usaha untuk memastikan usaha guru-guru dan seisi warga sekolah akan terus diraikan dan semoga ianya menjadi inspirasi untuk sekolah lain di malaysia dan juga luar negara. 

Tahniah! InshaAllah tahun ini  IMELC akan diteruskan.amalan kitar semula, kitar semula minyak, penjimatan air, penjimatan elektrik, dan program rendah karbon adalah sepanjang tahun. Semoga seisi sekolah mendapat manfaat dari usaha ini

Tahniah.