Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pengumuman

Kompilasi Laporan Sekolah IMELC 2021-2022 | Tahniah guru penyelaras, murid dan seisi warga sekolah IMELC

Tahniah guru penyelaras, murid dan seisi warga sekolah IMELC


Tahniah guru penyelaras, murid  dan seisi warga sekolah IMELC. Kami tahu usaha guru untuk menyediakan bahan laporan bukan mudah, apatahlagi guru-guru telah bertungkus lumus memastikan projek rendah karbon dijalankan di sekolah. Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada guru IMELC.Keperluan untuk cikgu merekodkan usaha dan segala inisiatif sekolah dalam bentuk laporan adalah sangat penting bagi membolehkan masyarakat luar khususnya mengetahui segala usaha dan dedikasi guru-guru IMELC serta seisi warga sekolah. Semua hasil laporan guru-guru IMELC telah dipaparkan di bookcase flipbook IMELC mengikut tahun dan daerah sekolah.  

Sebagai pembuka tiran IMELC 2023, kami ingin menghargai usaha guru IMELC menerusi pembentangan usaha murni guru dan seisi warga IMELC dalam bentuk flipbook supaya lebih ramai dapat belajar, dapat menghargai serta cakna terhadap segala usaha yang telah guru-guru berikan sepanjang pelaksanaan IMELC. Guru-guru boleh kongsikan juga laporan ini kepada ibu-bapa di sekolah. 

Semoga laporan guru-guru ini memberi inspirasi kepada lebih ramai sekolah di Malaysia khususnya, dan di peringkat global amnya. 

Akses disini: Laporan sekolah IMELC