IMELC
BM EN

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) – Kita tidak pernah terlalu kecil untuk membuat perbezaan.

IMELC

Kitaran 2026

IMELC

Bersama menbawa perubahan dan selamatkan bumi kita!

IMELC

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge

IMELC

Kita tidak pernah terlalu kecil untuk membuat perbezaan.

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge

Kita tidak pernah terlalu kecil untuk membuat perbezaan.

  • Kita tidak pernah terlalu kecil untuk membuat perbezaan.
  • Sertai kami sekarang
  • Pengurangan Karbon
  • Kitar Semula
  • Pendapatan Yang Dijana
  • Bersama menbawa perubahan dan selamatkan bumi kita!

Iskandar Malaysia Ecolife Challenge

Objektif IMELC

Secara khususnya adalah bagi;

#1

Memupuk kesedaran Masyarakat Rendah Karbon (MRK) di kalangan pelajar sekolah rendah, guru dan ahli keluarga (masyarakat awam) di Iskandar Malaysia melalui pendidikan di sekolah

#2

Menyebarkan pengetahuan, kesedaran dan amalan MRK di kalangan masyarakat Iskandar Malaysia melalui pelajar dan guru sekolah rendah.

#3

Mengurangkan pelepasan karbon di Iskandar Malaysia melalui kesedaran dan pendidikan.

#4

Mewujudkan Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia menjelang tahun 2025.

Mengenai IMELC

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memudah cara pelaksanaan Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) sejak tahun 2013 sebagai sebuah program berimpak tinggi. IMELC berperanan sebagai platform pembelajaran pelajar berkaitan amalan Masyarakat Rendah Karbon (Low Carbon Society – LCS) melalui pendidikan formal dan tidak formal, aktiviti pembelajaran tambahan serta pertandingan antara sekolah, dengan matlamat melahirkan generasi masa hadapan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian. Pelaksanaan IMELC 2026 dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), SWM Environment Sdn Bhd dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor sebagai Rakan Utama, manakala Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) dan Heng Hiap Industries bertindak sebagai Rakan Sokongan. IMELC 2026 turut menerima sokongan daripada United Nations Children's Fund (UNICEF). Sejak tahun 2021, program ini telah didigitalisasikan sepenuhnya melalui platform dalam talian yang ditaja oleh United Nations Development Programme Accelerator Labs dan disokong melalui inisiatif Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC). IMELC juga merupakan salah satu program utama di bawah RCE Iskandar – Regional Centre of Expertise on Education for Sustainable Development yang disokong oleh United Nations University. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan Masyarakat Rendah Karbon (LCS) dalam kalangan pelajar, guru dan keluarga bagi menyokong sasaran pengurangan karbon di Iskandar Malaysia. Selaras dengan keperluan pembangunan bakat lestari di bawah Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), IMELC memperkukuh kemahiran hijau, kepimpinan alam sekitar dan kesedaran kelestarian sejak di peringkat sekolah melalui pendedahan berterusan, pembelajaran berasaskan pengalaman dan kerjasama institusi. Program ini turut menyumbang kepada pelbagai kerangka utama negeri dan wilayah termasuk Rancangan Tempatan, inisiatif Bandar Pintar, Pelan Tindakan SDG dan Johor Green Deal. Bagi menangani cabaran perubahan iklim dan mempercepat pembangunan rendah karbon, IRDA telah melancarkan Rancangan Induk Masyarakat Rendah Karbon Bagi Pelan Induk Perubahan Iklim 2030 semasa 27th Conference of the Parties di Mesir. Pelan tindakan tersebut mengiktiraf IMELC sebagai salah satu program utama dalam memperkukuh inisiatif Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi pembangunan rendah karbon di Iskandar Malaysia. IMELC juga menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai neutral karbon seawal tahun 2050, termasuk sasaran negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Program ini menyumbang secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat). Melalui pelaksanaannya, IMELC memupuk kesedaran alam sekitar, perubahan tingkah laku positif dan pembangunan pemimpin kelestarian masa hadapan. Diiktiraf oleh JPNJ sebagai program yang menyokong Elemen Merentas Kurikulum (EMK), IMELC turut diposisikan sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam ekosistem pendidikan Negeri Johor. Tahun 2026 menandakan tahun keempat belas (14) pelaksanaan IMELC. Program ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 murid Tahun 6 daripada 909 sekolah rendah di seluruh Negeri Johor, dengan anggaran capaian sehingga 500,000 warga komuniti sekolah secara keseluruhan.

Klik saya!
Sertai kami sekarang Daftar sebagai peserta

IMELC

Impak Kita

Kitaran 2026

12,048,061.31

kgCO2

Pengurangan Karbon

1,012,187.72

kg

Kitar Semula

RM 473,733.64

Pendapatan Yang Dijana

Berita

Kitaran 2026
🌏 IMELC IS ONCE AGAIN RECOGNISED ON THE INTERNATIONAL STAGE! 🌱 10/11/2026

🌏 IMELC IS ONCE AGAIN RECOGNISED ON THE INTERNATIONAL STAGE! 🌱

0 0
🌿 TAHNIAH PENERIMA HADIAH TOP 10 IKON MURID DAN KELUARGA IMELC 2026! 🏆 02/10/2026

🌿 TAHNIAH PENERIMA HADIAH TOP 10 IKON MURID DAN KELUARGA IMELC 2026! 🏆

3 0
🌿 TAHNIAH PENERIMA HADIAH TOP 3 USAHA KREATIF IMELC 2026! 🏆 02/10/2026

🌿 TAHNIAH PENERIMA HADIAH TOP 3 USAHA KREATIF IMELC 2026! 🏆

0 0
Lihat semua berita

Rakan Strategik

Kitaran 2026
Iskandar Malaysia logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor logo Universiti Teknologi Malaysia logo

Rakan Utama

Kitaran 2026
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor logo
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri logo
SWM Environment logo

Rakan Sokongan

Kitaran 2026
Majlis Perbandaran Segamat logo Majlis Perbandaran Kulai logo Heng Hiap Industries logo

Sempena Iskandar Malaysia 20 Tahun

Kitaran 2026
Iskandar Malaysia 20 logo

Dibangunkan Oleh

Kitaran 2026
UNDP logo

Disokong Oleh

Kitaran 2026
UNICEF logo RCE Network logo

Terima kasih kepada semua rakan kami!

Selari Dengan

UN Sustainable Development Goals