IMELC
Daftar sebagai pesertaBersama menbawa perubahan dan selamatkan bumi kita!
Memupuk kesedaran Masyarakat Rendah Karbon (MRK) di kalangan pelajar sekolah rendah, guru dan ahli keluarga (masyarakat awam) di Iskandar Malaysia melalui pendidikan di sekolah
Menyebarkan pengetahuan, kesedaran dan amalan MRK di kalangan masyarakat Iskandar Malaysia melalui pelajar dan guru sekolah rendah.
Mengurangkan pelepasan karbon di Iskandar Malaysia melalui kesedaran dan pendidikan.
Mewujudkan Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia menjelang tahun 2025.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memudah cara pelaksanaan Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) sejak tahun 2013 sebagai sebuah program berimpak tinggi. IMELC berperanan sebagai platform pembelajaran pelajar berkaitan amalan Masyarakat Rendah Karbon (Low Carbon Society – LCS) melalui pendidikan formal dan tidak formal, aktiviti pembelajaran tambahan serta pertandingan antara sekolah, dengan matlamat melahirkan generasi masa hadapan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian. Pelaksanaan IMELC 2026 dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), SWM Environment Sdn Bhd dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor sebagai Rakan Utama, manakala Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) dan Heng Hiap Industries bertindak sebagai Rakan Sokongan. IMELC 2026 turut menerima sokongan daripada United Nations Children's Fund (UNICEF). Sejak tahun 2021, program ini telah didigitalisasikan sepenuhnya melalui platform dalam talian yang ditaja oleh United Nations Development Programme Accelerator Labs dan disokong melalui inisiatif Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC). IMELC juga merupakan salah satu program utama di bawah RCE Iskandar – Regional Centre of Expertise on Education for Sustainable Development yang disokong oleh United Nations University. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan Masyarakat Rendah Karbon (LCS) dalam kalangan pelajar, guru dan keluarga bagi menyokong sasaran pengurangan karbon di Iskandar Malaysia. Selaras dengan keperluan pembangunan bakat lestari di bawah Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), IMELC memperkukuh kemahiran hijau, kepimpinan alam sekitar dan kesedaran kelestarian sejak di peringkat sekolah melalui pendedahan berterusan, pembelajaran berasaskan pengalaman dan kerjasama institusi. Program ini turut menyumbang kepada pelbagai kerangka utama negeri dan wilayah termasuk Rancangan Tempatan, inisiatif Bandar Pintar, Pelan Tindakan SDG dan Johor Green Deal. Bagi menangani cabaran perubahan iklim dan mempercepat pembangunan rendah karbon, IRDA telah melancarkan Rancangan Induk Masyarakat Rendah Karbon Bagi Pelan Induk Perubahan Iklim 2030 semasa 27th Conference of the Parties di Mesir. Pelan tindakan tersebut mengiktiraf IMELC sebagai salah satu program utama dalam memperkukuh inisiatif Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi pembangunan rendah karbon di Iskandar Malaysia. IMELC juga menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai neutral karbon seawal tahun 2050, termasuk sasaran negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Program ini menyumbang secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat). Melalui pelaksanaannya, IMELC memupuk kesedaran alam sekitar, perubahan tingkah laku positif dan pembangunan pemimpin kelestarian masa hadapan. Diiktiraf oleh JPNJ sebagai program yang menyokong Elemen Merentas Kurikulum (EMK), IMELC turut diposisikan sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam ekosistem pendidikan Negeri Johor. Tahun 2026 menandakan tahun keempat belas (14) pelaksanaan IMELC. Program ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 murid Tahun 6 daripada 909 sekolah rendah di seluruh Negeri Johor, dengan anggaran capaian sehingga 500,000 warga komuniti sekolah secara keseluruhan.
1,019,206.36
kg CO2
88,352.36
kg
RM
31,000.12
Johor Bahru, Johor, Malaysia