Johor Bahru, Johor, Malaysia

Berita & Aktiviti

Pelancaran E Booklet : Wira Tindakan Iklim

Buku digital Wira Tindakan Iklim dilancarkan pada Julai 2025 hasil kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan sokongan penuh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Buku ini menyokong pelaksanaan Iskandar Malaysia EcoLife Challenge (IMELC) dan inisiatif kelestarian lain melalui kandungan komprehensif berkaitan teori serta amalan rendah karbon.


πŸ“£ Jom Baca Sama-Sama!

Wira Tindakan Iklim – Buku Digital Penuh Inspirasi!

Hai adik-adik! πŸ’«
Nak jadi wira alam dan bantu selamatkan bumi? 🌍
Jom baca buku digital Wira Tindakan Iklim yang penuh infografik dan idea menarik untuk diaplikasi sekolah!

Apa yang adik-adik akan pelajari?

🌑️ Kenapa bumi semakin panas? Apa itu gas rumah hijau?
♻️ Macam mana nak kurangkan karbonjimat tenaga dan air, serta guna semula bahan terpakai?
πŸͺ΄ Dapatkan idea untuk buat projek kitar semulamini kebun dan kompos di sekolah atau rumah.
🌟 Lihat kisah murid lain yang dah berjaya laksanakan aktiviti SDG β€“ bukti adik-adik pun boleh buat perubahan!
✍️ Ada ruang istimewa untuk tulis impian, misi dan refleksi sebagai Wira Tindakan Iklim.

🌱 Cadangan Aktiviti Sekolah & Kumpulan

βœ… Bincangkan buku ini dalam kelas – pilih topik menarik untuk dibahas bersama.
βœ… Hasilkan poster atau video pendek bertema #WiraIklim – kongsi di media sosial sekolah.
βœ… Buat audit sisa di kantin – mulakan stesen kitar semula atau projek tanpa plastik.
βœ… Tanam pokok atau sayur di kebun mini – hasilkan kompos sendiri!
βœ… Bentuk β€œPasukan Wira” antara kelas dan jalankan cabaran mingguan!

πŸ“² Klik sini untuk baca secara digital:
πŸ‘‰ Wira Tindakan Iklim


----

🏫 Tentang IMELC dan Buku Ini

Sejak 2013, Iskandar Malaysia Eco-Life Challenge (IMELC) telah berkembang daripada sebuah pertandingan kesedaran kepada program pendidikan kelestarian berskala negeri. Program ini kini melibatkan 909 sekolah rendah di Johor dan menyokong usaha ke arah masa depan rendah karbon serta pembangunan kerjaya hijau.

IMELC turut menyokong Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dalam membina tenaga kerja hijau bagi sektor strategik seperti ekonomi hijau, tenaga boleh baharu, dan pengurusan sisa mampan.

πŸ”Ž Impak IMELC (2015–2024):

  • ♻️ 11.5 juta kgCOβ‚‚ berjaya dikurangkan

  • πŸ’° RM15.2 juta penjimatan sumber (tenaga, air, sisa)

  • πŸ‘¦πŸ‘§ 500,000 murid mengamalkan gaya hidup rendah karbon


πŸ“˜ Pelancaran Booklet Wira Tindakan Iklim



Buku digital ini dilancarkan pada 21 Julai 2025, disempurnakan oleh:

        • Tn. Hj. Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah JPN Johor
        • Pn. Kamisah binti Mohd Ghazali, Ketua Jabatan Persekitaran Mampan, IRDA
        • Prof. Dr. Fatin Aliah Phang, Pengasas Bersama IMELC & Pensyarah UTM

        Hasil kolaborasi antara UTM, IMELC, JPN Johor dan UNICEF, buku ini direka khusus sebagai panduan praktikal dan interaktif untuk guru dan murid jadi wira iklim sebenar!


        πŸ“š Apa Kandungan Dalam Buku Ni?

        Buku ini disampaikan secara interaktif dan praktikal, sesuai untuk pelajar Sekolah Rendah hingga Menengah turut menyertakan aktiviti yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian.

        βœ… Pengenalan mudah tentang perubahan iklim, kesan rumah hijau dan SDG
        βœ… Strategi adaptasi dan mitigasi iklim seperti penjimatan tenaga & air
        βœ… Aktiviti praktikal: berkebun sekolah, kompos, pengurusan sisa
        βœ… Kisah murid inspiratif dan contoh aktiviti sekolah
        βœ… Ruang khas untuk slogan, misi dan refleksi murid
        βœ… Sesuai untuk murid sekolah rendah hingga menengah!


        πŸ’š Jom jadi Wira Tindakan Iklim sekarang!
        Langkah kecil kita hari ini, adalah harapan besar untuk bumi esok. 🌍✨