
Pelancaran E Booklet : Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna
Buku digital ini diterbitkan pada Mei 2024 hasil kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan sokongan penuh Yayasan Hasanah sebagai sebahagian daripada inisiatif IMELC Γ Combat Plastic Pollution
Eh, adik-adik tahu tak? Plastik yang kita guna hari-hari tu β botol air, straw, plastik bungkus makanan β sebenarnya ada kesan besar pada alam sekitar dan juga diri kita sendiri! π±
Buku digital ni memuatkan pelbagai infografik menarik untuk memudahkan adik-adik faham dan menyelusuri bahana plastik sekali guna. Antara yang menarik dalam buku ni:
Macam mana plastik mula dicipta ?π
Apa terjadi bila plastik dibuang merata? π
Bahaya mikroplastik yang halus tapi boleh masuk dalam makanan kita π½οΈ
Mitos yang selalu orang percaya tentang plastik β
Dan yang paling penting... apa yang kita boleh buat untuk hentikan pencemaran plastik! πͺ
π£ Jom Baca Sama-Sama!
Hai semua!
Kalau adik-adik nak tahu cara nak jadi wira bumi, buku ni memang untuk adik-adik. ππ
Tak kisahlah adik dimana, adik mampu mengubahnya! Bukan setakat cerita, tapi buku ini ada aktiviti dan idea yang boleh dibuat diadik sekolah dan rumah.
Nak tahu cara buat audit plastik sendiri? Nak tahu kenapa straw plastik tu patut kita tolak? Semuanya ada dalam ni!
π± Ajak Kawan-Kawan Buat Sama
β
Baca buku ni dalam kumpulan
β
Buat kempen βPlastik? Tak Nak!β kat sekolah
β
Cuba kurangkan plastik masa rehat β bawa bekas sendiri, botol air sendiri
β
Lukis poster atau buat video pasal bahaya plastik
π² Boleh baca terus kat sini:
π Klik sini untuk baca bukunya!
Jom mulakan perubahan β dari diri kita sendiri dulu! π
Satu langkah kecil dari kita, boleh jadi satu perubahan besar untuk dunia πβ¨
-----
Buku digital ini diterbitkan pada Mei 2024 hasil kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan sokongan penuh Yayasan Hasanah sebagai sebahagian daripada inisiatif IMELC Γ Combat Plastic Pollution
Buku ini menyajikan panduan lengkap dan inspirasi kepada murid dan guru untuk bertindak di sekolah dan komuniti bagi mencapai tujuan βsifar plastik sekali gunaβ. Ia mengupas pelbagai topik penting seperti:
Sejarah & proses penghasilan plastik
Jenis plastik & kitar hayatnya
Bahaya mikroplastik kepada manusia dan alam
Mitos tentang keselamatan plastik
Strategi menolak penggunaan plastik sekali guna
Cara mengurus dan mengitar semula sisa plastik
Inisiatif dan cadangan tindakan di sekolah atau komuniti
Buku ini disampaikan secara interaktif dan praktikal, sesuai untuk pelajar Sekolah Rendah hingga Menengah turut menyertakan aktiviti audit plastik yang dapat diterapkan dalam kehidupan harian.