
❗️Makluman Lanjutan Tarikh Cabaran IMELC ❗️
Atas permintaan guru, tarikh Cabaran IMELC telah dilanjutkan kepada 4 September 2025 (Khamis) pada pukul 11.59 p.m.. Dengan lanjutan ini, diharapkan semua guru dan murid dapat menyusun masa dengan lebih baik bagi memastikan laporan dan cabaran dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kesempatan masa tambahan ini diharapkan dapat membantu menghasilkan laporan yang lebih lengkap, kemas dan menepati syarat pertandingan. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan cabaran ini. 👏🏻